
Entry kedua ini adalah disebab sebalik tajuk utama saya iaitu putus tunang...
mesti ramai yang pernah melalui peristiwa ini sebelum dan selepas saya lalui....
Apakah maksud pertunangan?
Pertunangan ini terjadi apabila ada kedua pihak yang bercinta hendak update kan dirinya lagi ke alam perkahwinan..
Pertunangan juga adalah bagi mengikat janji yang keduanya akan berkahwin
Sebelum ini aku x tahu apa itu cubaan yang paling besar,aku juga tidak menyangka pertunangan ni lagi berat dugaan yang diberi olehnya..apapun aku redha
Di alam pertunangan semua pasangan mahukan hidup bahagia di alam rumah tangga,saya percaya itu juga adalah tujuan mendirikan masjid selain cinta..
Kembali pada kisah aku
Kepadanya aku amat menyayangi dan mencintaimu.aku tidak menyangka yang kau mampu berubah dalam sekelip mata..aku percaya itu atas kuasa ilahi..seperti kamu aku pun mahukan kehidupan baik untumu.....mana ada orang yang nak berkahwin tanpa hidup bahagia...fahamilah hati aku,walaupun kamu telah putuskan pertunangan dengan mudah tapi ia susah bagiku..walaupun kamu tidak mencintaiiku seperti dulu aku masih mencintaiimu kerana kamu lah yang terbaik.
Ramai yang menunding jari pada pihak lelaki selalu permainkan perempuan,sebenarnya tidak,kerana aku juga lelaki yg setia sebelum membuat curang...begitu juga sesetengah perempuan seperti kawan tempat kerja aku..aku rasa terpanggil untuk cerita tentangnya kerana kejujurannya itu tidak sama seperti bekas tunangku..kerana ia sanggup menunggu temannya pulih dari terlantar
Perkara ini juga sering terjadi disebabkan kecuaian pasangan ataupun pihak ketiga..memang mudah hendak jatuh hati pada seseorang tapi bukan senang untuk memahaminya..jikalau la kamu terbaca blog sy ni..jganlah terasa hati kerana saya menulisnya buat diri saya..kenapa dengan pihak ketiga...sy pun tak tahu kenapa mungkin ada yang dia lebih baik daripada pihak pertama tapi sebenarnya salah dari pihak yang kedua pasanganya itu
Bagi yang ingin bercinta biarlah kenal pasangan anda dengan berkawan dulu dan juga biarlah tidak terburu2 hendak bertunang..kerana lebihkan orang yang suka kamu jgan lebihkan orang yg kamu suka,klau tidak nanti orang tak ingin.sok2 jadi pinggan x retak,nasi x dingin,engkau xnak aku lagi x ingin...
Putus tunang ini rasanya amat memilukan,maklumlah bila bunga dipetik orang lain menyebabkan timbul satu perasaan negatif,seperti cemburu,dengki,x tentu arah,jiwa hilang,jiwa kosong paling teruk jadi tin kosong x bermakna..ada juga yang bunuh diri dan jadi gila..bahaya juga kesannya
Yang sebenarnya perkara2 negatif itu boleh dikalahkan dengan sejata utama kita iaitu....bersembahyang dan doa xde benda lain lagi yang mampu ubat orang yang jujur putus cinta..syukurlah allah beri petunjuk bahawa semua yang terjadi atas kehendaknya...janganlah memandang pertunangan itu satu yang simple seperti sebutannya kerana dah lumrah dalam pertunangan itu banyak cubaan dan dugaan
sekian terima kasih kerana ada yang sudi membacanya
No comments:
Post a Comment